Jualan Nombor Plat Eksklusif UUM (Sesi 0) dibuka dari , jam :: dan ditutup pada jam :: .

Langkah membuat bidaan

Anda boleh membuat bidaan nombor plat eksklusif UUM yang anda minati dengan langkah yang mudah seperti berikut:

Langkah Pertama

Daftar sebagai individu/syarikat dengan memberi maklumat-maklumat yang berkaitan di sistem UUMplate. Pembida dikehendaki sediakan dokumen dengan format PDF/JPG/JPEG/PNG/GIF.

Langkah Kedua

Selepas mendaftar, anda boleh melihat harga nombor yang ingin dibida dan juga harga bidaan tertinggi semasa secara PERCUMA. Jika ingin meneruskan bidaan, yuran proses RM15 perlu dibayar terlebih dahulu. Bayaran boleh dibuat sama ada melalui Kad Kredit/Kad Debit atau FPX.

Langkah Ketiga

Selepas membayar yuran proses RM15, bidaan boleh diteruskan dengan membayar wang bidaan (contohnya RM500) melalui kaedah Kad Kredit/Kad Debit, FPX atau potongan gaji (bagi staf UUM sahaja).

Langkah Keempat

Keputusan muktamad bagi pembida yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan boleh disemak di sistem.