Soalan Lazim

  1. Bilakah saya boleh melakukan pendaftaran sebagai pembida bagi tujuan bidaan?

    Pendaftaran sebagai pembida boleh dilakukan oleh pembida setelah tempoh bidaan dibuka sahaja.
  2. Apakah syarat untuk menggunakan portal UUMplate?

    Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak mestilah mendaftar di dalam portal UUMplate terlebih dahulu.
  3. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal UUMplate?

    Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat yang dibenarkan untuk mendaftar di portal UUMplate:
    1. Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    2. Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.

  4. Apakah dokumen yang perlu disediakan sebelum mendaftar di portal UUMplate?

    Pembida perlu menyediakan dokumen berikut dalam format PDF/JPG/JPEG/PNG/GIF sebelum membuat pendaftaran di portal UUMplate:

    1. Individu
      Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/No. Passport/No.Tentera pemohon.
       
    2. Perniagaan Pemilikan Tunggal/Perkongsian
      1. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan - Borang D (nama syarikat, maklumat dan maklumat pemilik); atau
      2. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja).
         
    3. Syarikat Sdn. Bhd.
      Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58, Akta Syarikat 2016.
       
    4. Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional
      Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional.
       
    5. Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun
      Surat rasmi asal permohonan bidaan nombor pendaftaran.
       
    Nota: Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada portal UUMplate sebelum membuat capaian. Anda juga disarankan menggunakan akaun e-mel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima notifikasi.
  5. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal UUMplate?

    Orang awam atau pengguna portal UUMplate disarankan menggunakan e-mel jenis Yahoo atau Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan notifikasi daripada portal UUMplate.
  6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan butiran peribadi setelah pendaftaran dibuat di portal UUMplate?

    Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat kecuali nombor kad pengenalan, tertakluk kepada status permohonan yang masih belum selesai. Sekiranya status permohonan telah selesai, sebarang kemaskini rekod tidak dibenarkan.
  1. Apakah yang perlu dilakukan jika tidak menerima e-mel yang mengandungi kata laluan selepas pendaftaran dibuat?

    Sila semak di dalam folder spam pada e-mel yang telah didaftarkan.
  2. Apakah yang perlu dilakukan jika pembida lupa kata laluan untuk log masuk ke portal UUMplate?

    Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih e-mel yang didaftarkan melalui cara berikut:
    1. Klik ‘lupa kata laluan’ pada skrin log masuk
    2. Kemudian masukkan nama alamat e-mel yang didaftarkan
    3. Klik pada ruangan ‘saya bukan robot’
    4. Klik butang ‘hantar’
    5. Mesej akan dihantar kepada e-mel yang didaftarkan oleh pembida. Ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.

  1. Bolehkah saya membida sekiranya saya tidak bercadang untuk membeli kenderaan dalam tempoh terdekat?

    Boleh, kerana nombor pendaftaran ini sah untuk didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Keputusan Bidaan.
  2. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) sesi nombor kenderaan berlangsung?

    Tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan adalah mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan oleh Universiti dan akan dipaparkan di Halaman Utama website UUMplate. Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank.

    Nota: Pembida digalakkan untuk membuat bidaan awal bagi memastikan semua proses berjalan lancar. Elakkan aktiviti bidaan pada saat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.
  3. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?

    Setiap bidaan nombor memerlukan Harga Minima Bidaan (Rizab) mengikut jadual di bawah:

    Kategori NomborHarga Minima Bidaan (Rizab)
    UtamaRM30,000.00
    MenarikRM7,000.00
    PopularRM2,000.00
    Popular (UUM)RM1,000.00
    BiasaRM500.00

    Setiap amaun bidaan pertama mestilah sama atau melebihi harga minima bidaan (rizab) yang ditetapkan mengikut kategori.

    Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima bidaan (rizab) mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had maksimum.

    Formula:
    Peningkatan Minima Bidaan = 5% x Harga Minima Bidaan (Rizab)
    Jumlah Bidaan = Harga Minima Bidaan (Rizab) + Peningkatan Minima Bidaan


  4. Berapa banyak nombor plat eksklusif UUM yang boleh dibida oleh seorang pembida?

    Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap individu hanya layak menjadi pemenang untuk maksimum tiga (3) nombor kenderaan manakala bagi pembida bukan individu (syarikat dan lain-lain) adalah lima (5) nombor kenderaan.
  5. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?

    Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.
  6. Adakah pembida boleh melihat kedudukan (ranking) bidaannya ketika tempoh bidaan berlangsung?

    Ya. Pembida boleh melihat kedudukan (ranking) bidaannya.
  7. Apakah pembida boleh menambah harga bidaan sesuatu nombor yang dibida sepanjang tempoh bidaan bagi memastikan pembida berada pada kedudukan yang pertama?

    Pembida boleh menambah harga bidaan bagi memastikan pembida berada pada kedudukan yang pertama.
  8. Berapa harga terendah bidaan dan kenaikan harga bidaan seterusnya bagi sesuatu nombor?

    Harga terendah bagi sesuatu nombor adalah harga minima bidaan (rizab) sahaja, dan harga bidaan seterusnya adalah ditambah 5% dari harga minima bidaan (rizab).

    Contoh: Jika harga minima bidaan (rizab) nombor UUM 1984 adalah RM1,000, maka pembida pertama harus membida dengan harga RM1,000, pembida kedua RM1,050, pembida ketiga RM1,100 dan seterusnya. Peningkatan minima bidaan adalah pada kadar RM50 iaitu 5% x RM1,000.
  1. Adakah pembida dikenakan yuran perkhidmatan dan bagaimana caranya?

    Yuran perkhidmatan sebanyak RM15.00 dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida dan perlu dibayar sebelum membuat bidaan. Bayaran ini perlu dijelaskan melalui FPX atau Kad Kredit/Kad Debit dan ia merupakan hasil UUM dan tidak akan dikembalikan.
  2. Bagaimana pembida membuat bayaran bidaan?

    Bayaran bidaan hendaklah dibuat melalui salah satu cara berikut:
    1. Financial Process Exchange (FPX)
    2. Kad Kredit/Kad Debit

  3. Bolehkah pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit/kad debit semasa membuat tambahan bidaan?

    Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit/kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
  4. Apa akan berlaku kepada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?

    Jika bidaan berjaya, bayaran akan diproses serta merta.
  5. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?

    Jika bidaan tidak berjaya, bayaran balik wang bidaan akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup bidaan.
  1. Bila dan di mana keputusan bidaan boleh diketahui?

    Keputusan rasmi bidaan boleh disemak di portal UUMplate selepas empat (4) hari bidaan ditutup.
  2. Bila dan bagaimana pembida yang berjaya boleh mencetak surat keputusan bidaan nombor plat eksklusif UUM?

    Pembida yang berjaya boleh mencetak surat keputusan bidaan di portal UUMplate selepas empat (4) hari bidaan ditutup. Pendaftaran di JPJ boleh dibuat sebaik sahaja pembida mencetak surat keputusan bidaan tersebut. Notifikasi melalui e-mel juga akan dihantar pada tarikh berkenaan.
  1. Apakah browser/peranti yang sesuai untuk mengakses portal UUMplate?

    Orang awam atau pengguna portal UUMplate disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73 Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk kualiti paparan yang lebih baik.
  2. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit/kad debit, kepada siapakah harus pembida rujuk?

    Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit/kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit/kad debit (issuer).
  3. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?

    Pembida yang berjaya atau wakil perlu hadir ke JPJ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (WANGSA MAJU) atau PEJABAT JPJ KEDAH (ALOR SETAR) SAHAJA dengan membawa dokumen seperti di bawah:
    1. Cetakan Surat Keputusan Bidaan; dan
    2. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat.

  4. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Keputusan Bidaan?

    Surat Keputusan Bidaan yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah selepas 12 bulan dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan. Sebarang permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.
  5. Adakah nombor plat eksklusif UUM yang berjaya dibida boleh dipindah milik kepada orang lain?

    Nombor kenderaan yang dimenangi HANYA boleh dipindah milik kepada keluarga terdekat iaitu ibu/bapa/suami/isteri/adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan. Permohonan boleh dibuat kepada UUM dengan menggunakan borang yang disediakan dan caj bayaran sebanyak RM100.00 perlu dibayar sebelum membuat pendaftaran di Pejabat JPJ. Pindah milik melibatkan Syarikat/Pertubuhan/Koperasi TIDAK dibenarkan.
  6. Apakah kesan dan tindakan sekiranya pembida memberi maklumat palsu dalam bidaannya?

    Pembida yang memberi maklumat palsu terpaksa menanggung akibat daripada pemalsuan maklumat yang diberi sehingga menyebabkan nombor pendaftaran yang berjaya dibida tidak dapat didaftarkan dan tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.
  7. Di manakah saya boleh mendapatkan panduan pengguna yang lengkap?

    Panduan pengguna yang lengkap boleh dimuat turun di Panduan.PDF.